Feb 25, 2012

PANDUAN TUGASAN 1


PANDUAN TUGASAN 1

Masih ramai yang kurang faham mengenai Tugasan 1 ini. Untuk Tugasan 1, pelajar hanya dikehendaki mencari bahan rujukan (jurnal, buku, dan keratan akhbar/laman web). Pelajar tidak perlu menghuraikan atau menjelaskan bahan rujukan yang dirujuk. Setelah kesemua bahan rujukan ini dikumpul barulah beberapa artikel berkaitan OSH in Public Sector/KKP di Sektor Awam akan dihasilkan secara tugasan berkumpulan.

Gambar di atas adalah satu contoh. Muat turun di sini contoh di atas.

Sila gunakan TEMPLATE FORMATE yang disertakan.

Untuk Tugasan 1 ini pelajar hanya ditugaskan mencari bahan rujukan berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan berkaitan dengan Sektor Awam berpandukan skim berikut;

(i) 1 jurnal + 1 buku + 1 keratan akhbar/laman web, atau
(ii) 2 jurnal + 1 keratan akhbar/laman web, atau
(iii) 2 buku + 1 keratan akhbar/laman web

Nyatakan petikan/ayat (quotation/sentences) dan nombor muka surat yang dirujuk dari jurnal dan buku berkenaan.

Jurnal hendaklah disertakan lampiran jurnal lengkap dan butiran penulis, tahun terbitan, penerbit dan mukasurat dirujuk. Buku hendaklah disertakan lampiran mukasurat dirujuk dan muka hadapan buku serta butiran penulis, tahun terbitan dan penerbit.

Keratan akhbar atau laman web mestilah lengkap dengan nama penulis/laman web, tarikh siaran dan tarikh dimuat turun jika diambil dari atas talian.

Rujuk Attachment 1 di sini dan Attachment 2 di sini untuk contoh jurnal.

Rujuk Attachment 3 di sini untuk contoh laman web. Pelajar juga boleh menghantar lampiran dari Screen Print.

Rujuk Attachment 4 di sini dan Attachment 5 di sini untuk contoh buku.

Rujuk Attachment 6 di sini untuk contoh keratan akhbar. Pelajar juga boleh menghantar lampiran dari Screen Print.

Bahan rujukan meliputi taksiran (definition), skop kerja (work scope), kategori dan jenis hazad (hazards categories and type), perundangan (legislation) dalam sektor Perkhidmatan Awam.

Bagaimanapun pelajar tidak digalakkan menggunakan rujukan dari laman Wiki atau online dictionary. Bahan rujukan yang telah dirujuk tidak boleh dirujuk semula oleh pelajar lain. Senarai pelajar yang telah menghantar bahan rujukan masing-masing akan disiarkan dalam blog ini bersertakan tarikh penghantaran.

Boleh rujuk saya semula semasa dalam kelas Ahad ini jika masih kurang faham.

Lukman Bin Wan Mat Daud.

0 comments:

Post a Comment